erva kurniawan
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi SAW beliau bersabda: “Menguap
itu dari Syaitan. Maka apabila seseorang di antara kamu menguap,
hendaklah ditahannya sedapat mungkin. Sesungguhnya jika seseorang di
antara kamu mengatakan “ha” lantaran menguap, tertawalah syaitan.” [Bukhari]
Hadis dari Abu Hurairah r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Seorang
lelaki berkata: Aku akan memberikan sedekah pada malam ini. Lalu dia
keluar membawa sedekahnya dan meletakkannya di tangan seorang perempuan
yang berzina yaitu pelacur. Keesokannya orang banyak memperbincangkan
mengenai perempuan tersebut yang telah diberikan sedekah pada malam
tadi. Lelaki itu berkata: Wahai Tuhanku! Hanya buatMu segala
puji-pujian! Sedekahku telah aku berikan kepada wanita yang berzina. Aku
akan bersedekah lagi, lalu dia keluar membawa sedekahnya dan
meletakkannya di tangan orang kaya. Keesokan harinya orang banyak
memperbincangkan mengenai seorang kaya yang telah diberikan sedekah.
Lelaki itu berkata: Wahai Tuhanku! Hanya buatMu segala puji-pujian.
Sedekahku telah aku berikan kepada seorang yang kaya. Aku akan
bersedekah lagi, lantas dia keluar dengan membawa sedekah dan
meletakkannya di tangan seorang pencuri. Esoknya orang banyak mulai
bercakap-cakap mengenai seorang pencuri telah diberikan sedekah. Dia
berkata: Wahai Tuhanku! Hanya buatMu segala puji-pujian! Sedekahku telah
aku berikan kepada seorang perempuan zina, pada orang kaya dan pada
pencuri. Lalu dia didatangi seseorang dan dikatakan kepadanya: Sedekahmu
benar-benar telah diterima. Boleh jadi perempuan zina itu berhenti dari berzina kerana sedekahmu. Orang kaya itu pula dapat
mengambil pelajaran dan mau membelanjakan sebagian dari harta yang telah
dianugerahkan oleh Allah kepadanya dan mungkin juga pencuri itu akan
berhenti dari mencuri karena sedekahmu itu. [Bukhari/Muslim]
Dalam sebuah hadits disebutkan, yang artinya : Janganlah kamu malu bersedekah walaupun setengah Biji korma yang dapat kamu sedekahkan.
Akhirnya ….. Marilah kita memperbanyak sedekah meskipun sedikit namun ikhlas.
0 komentar:
Posting Komentar